suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 das tembakan gemparkan pusat hiburan Bukit Bintang

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam Ahad.

Menurut mereka yang ditemui di tempat kejadian, tembakan itu dilepaskan mungkin sebagai tanda amaran kerana perselisihan faham berkaitan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati tembakan itu dilepaskan ke arah pintu masuk pusat hiburan berkenaan oleh dua orang yang menaiki sebuah motosikal.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata berdasarkan percakapan seorang saksi, dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah tempat letak kereta ketika sedang berada di luar pintu masuk pusat hiburan itu. - Bernama

kejadian tembakan, pusat hiburan

Artikel Sebelum

Artikel Lain