suria

Zahida dahului pemilihan Umno Wanita, Puteri

KUALA LUMPUR: Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Zahida Zarik Khan (gambar) masing-masing mendahului dalam pemilihan Umno bagi pergerakan Wanita dan Puteri setakat pukul 8 malam Sabtu.

Azizah, yang memegang jawatan Naib Ketua Wanita Umno mendapat 16 undi manakala Zahida, Naib Ketua Puteri Umno, 42.

Bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pula, Ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki masing-masing terikat dengan sembilan undi.

Pemilihan kali ini menyaksikan Pergerakan Wanita ditandingi tiga calon, Pergerakan Pemuda tujuh, manakala Pergerakan Puteri dua calon.

Sementara itu, bagi jawatan naib ketua setiap sayap, Ketua Penerangan Wanita Datuk Rosni Zahari mendahului bagi pergerakan Wanita, Ketua Penerangan Pemuda Shahril Sufian Hamdan (Pergerakan Pemuda), manakala Setiausaha Puteri Umno Kelantan Nurul Amal Mohd Fauzi (Pergerakan Puteri).

Sebanyak 191 Bahagian Umno menunaikan tanggungjawab menerusi perwakilan masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti tersebut dengan didahului mesyuarat perwakilan. - Bernama

pemilihan Umno

Artikel Lain