suria

Ketua Puteri Terengganu tewas merebut Ketua Puteri Bahagian Besut

BESUT: Ketua Puteri UMNO Bahagian Besut, Ernisalwani Saidi gagal mempertahankan jawatannya dalam Mesyuarat Agung Puteri bahagian itu yang diadakan di sini, Sabtu.

Ernisalwani yang menyandang jawatan itu sejak lima tahun lalu itu tewas kepada pencabarnya  Jamilah Sulaiman@Ismail dalam pertandingan satu lawan satu yang dihadiri seramai 209 perwakilan dari  empat kawasan – Hulu Besut, Kota Putera, Jertih dan Kuala Besut.

Ernisalwani, yang juga  Ketua Puteri UMNO Negeri Terengganu, memperolehi 87 undi manakala  Jamilah  yang merupakan Penyelaras Puteri UMNO Kawasan Hulu Besut  mendapat 122 undi.

Seramai 20 yang lain turut memenangi 20 tempat sebagai Ahli Jawatankuasa, manakala  bekas petugas di pejabat Ahli Parlimen Besut, Azlina Mohd Ajis pula menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Puteri  Besut. - Bernama

Ernisalwani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain