suria

Jamal mohon tangguh tutup restoran

KUALA LUMPUR: Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) Jalan Pahang memohon supaya pihak Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat menangguhkan penutupan premis berkenaan buat sementara waktu.

Pemiliknya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau berharap agar pihaknya dapat diberikan penangguhan sehingga tempoh waktu yang lebih sesuai bagi memberi laluan buat pihaknya mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di RGN1M.

"Selain itu, para petugas di RGN1M Jalan Pahang juga telah pun mula bercuti bagi menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini."

Justeru, saya meminta kelonggaran serta keizinan dari pihak tersebut untuk menangguhkan tarikh penutupan tersebut,"katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan notis mengarahkan supaya operasi di RGN1M dihentikan.

Menerusi surat yang dimuat naik di Facebook RGN1M, arahan mengosongkan premis di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu perlu dibuat sebelum 18 Jun ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jamal berkata RGN1M Jalan Pahang dibuka dengan tujuan untuk memberi makan tengahari secara percuma kepada warga kota bagi meringankan beban perbelanjaan harian.

"Pihak kami tidak pernah sesekali mengambil sebarang keuntungan sepanjang RGN1M ini beroperasi,"katanya.-Sinar Harian

Restoran, Jamal, Jalan Pahang

Artikel Lain