Mayat remaja lelaki ditemukan berlumuran darah di dapur - Semasa | mStar

Mayat remaja lelaki ditemukan berlumuran darah di dapur

Gambar hiasan dari Pixabay.

KOTA KINABALU: Seorang remaja dipercayai telah mengelar dirinya sehingga maut selepas ibu bapanya melarang dia untuk mengikuti aktiviti agama Islam di Sandakan.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu dijumpai mati berlumuran darah selepas tengah malam Khamis.

Dia juga ditemui memegang gergaji yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, remaja itu telah mengalami tekanan sejak beberapa hari lalu berikutan keputusan ibu bapanya melarangnya menghadiri aktiviti tersebut.

Beliau berkata, sebelum insiden tersebut berlaku, remaja terbabit sepatutnya dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja, namun mangsa enggan berbuat demikian.

Mangsa kemudian pulang ke rumah selepas tiba di lapangan terbang Sandakan.

"Selepas pulang ke rumah, remaja itu tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi tidak mahu bercakap dengan sesiapa," kata Azhar.

Mangsa ditemukan maut tidak lama selepas itu dengan beberapa kesan kelar pada bahagian leher dan badannya.

"Bapanya menjumpai mangsa terbaring tidak bernyawa di dapur rumah mereka kira-kira pukul 12.30 tengah malam," kata beliau.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

bunuh diri

Artikel Sebelum

Polis ada gambaran di mana Jamal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain