suria

Azmin menghadap Sultan Selangor

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Istana Bukit Kayangan pukul 10.50 pagi Selasa.

Azmin tiba menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Difahamkan Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan mengenai pentadbiran Selangor.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, pertemuan itu penting bagi membincangkan dan menyelesaikan pentadbiran negeri Selangor sebelum Azmin menunaikan ibadah umrah selama seminggu bermula Rabu.

Azmin melepaskan jawatan beliau secara rasmi berkuat kuasa 19 Jun ini selepas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. - Sinar Harian

Azmin Ali, Sultan Selangor

Artikel Lain