suria

Calon MB Selangor baharu sudah dipilih - Azmin

SHAH ALAM: Calon Menteri Besar Selangor yang baharu sudah dipilih dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mendedahkan nama penggantinya tetapi menegaskan calon itu dipilih secara sebulat suara.

"Dia boleh jadi orang dari kalangan exco sedia ada atau seseorang yang tidak berada dalam exco," kata Azmin kepada pemberita selepas pertemuan terakhirnya dengan pegawai kerajaan negeri itu di sini Isnin.

Azmin terpaksa melepaskan jawatan menteri besar selepas beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Besar yang baharu akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 Jun depan.

MB Selangor, Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain