PDRM dapat kerjasama polis Indonesia buru Jamal - Semasa | mStar

PDRM dapat kerjasama polis Indonesia buru Jamal

KAJANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dipercayai telah melarikan diri ke sebuah kepulauan di negara jiran itu.

Akhbar tempatan pada Khamis melaporkan Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dipercayai sudah meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia, dua hari selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini, pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM sedang mempergiatkan usaha bagi mengesan seterusnya membawa Jamal pulang semula ke negara ini.

"Saya meminta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau yang katanya dia berada di Indonesia... jadi kita akan minta bekerjasama dengan pihak polis di sana mencari beliau untuk membawa ke sini.

"Apa-apa pun, kalau beliau ada apa-apa kesalahan yang dilakukan saya serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai Murni Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara Kajang di sini, Khamis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan PDRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal dan usaha bagi mengesannya diperhebatkan.

Ini selepas Jamal masih gagal memberikan respons sepatutnya walaupun telah diberikan masa yang cukup untuk memberi kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan.

Pada Rabu, Jamal menerusi satu rakaman video berdurasi hampir lapan minit yang diedarkan kepada media mendakwa terdapat usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan pihak polis untuk mengenakan beliau dalam apa jua keadaan walaupun pihak polis memberi jaminan bahawa beliau cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis.

Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Kehilangan Jamal dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang. - BERNAMA

Jamal Yunos , PDRM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain