Siasat jururawat 'main' telefon bimbit - Semasa | mStar

Siasat jururawat 'main' telefon bimbit

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memandang serius terhadap insiden video tular seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata makluman dan siasatan awal pihak JKN Johor serta Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, telah mengesahkan bahawa pesakit tersebut dalam rawatan di HSA dan siasatan mendalam terhadap insiden itu kini sedang dijalankan.

"JKN Johor dan HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.

"Anggota Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri dari pakar-pakar dan penyelia jururawat dari HSA dan JKN Johor telah memulakan siasatan," katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook JKN Johor pada Khamis.

Dr Selahuddeen berkata pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan rapi (ICU) dan pihak JKN serta HSA memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan tersebut.

Beliau berkata jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan itu, maka, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.

Katanya arahan penambahbaikan serta merta juga telah dikeluarkan kepada pihak HSA serta peringatan kepada lain-lain hospital bagi memastikan kepatuhan terhadap tatacara pengendalian pesakit dipatuhi sepenuhnya.

Dr Selahuddeen turut mengingatkan masyarakat bahawa pengambilan gambar dan video di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak dibenarkan terutamanya gambar atau video pesakit di dalam wad atau klinik kerana ia melanggar etika serta kerahsiaan pesakit.

"Individu yang mempunyai aduan atau cadangan membina terhadap perkhidmatan yang diberikan di fasiliti Kementerian Kesihatan dinasihatkan berhubung secara terus dengan pihak hospital atau klinik berkenaan agar penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan serta merta," katanya. -BERNAMA

jururawat , HSA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain