suria

Posting Jo-Anna Sue jadi setiausaha politik Shafie tidak benar

PETALING JAYA: Sebuah posting yang tular mendakwa Jo-Anna Sue Henley Rampas telah dilantik menjadi setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah tidak benar.

Sekeping gambar menunjukkan Jo-Anna Sue duduk di sebuah meja dalam sebuah pejabat kosong disebarkan menerusi laman sosial, berserta kapsyen mengenai 'pelantikan baharu' tersebut.

Bagaimanapun, timbalan ketua Wirawati Warisan menafikan khabar angin itu dan menyatakan tiada lantikan dibuat ke atasnya.

"Terima kasih kerana meletakkan harapan yang tinggi, tapi gambar yang tular menyatakan saya dilantik sebagai setiausaha politik kepada ketua menteri adalah tidak benar.

"Saya sekarang menumpukan kerja dalam mengukuhkan Parti Warisan Sabah," kata beliau.

Bekas peserta ratu cantik dan graduan lulusan undang-undang itu tidak berjaya bergelar Ahli Parlimen Kiulu selepas tewas kepada Parti Bersatu Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Jo-Anna Sue Henley Rampas

Artikel Lain