Penyumbang THM dapat pengecualian cukai - Guan Eng

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia atau pengusaha syarikat yang menghulurkan derma kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) akan diberikan pengecualian cukai tanpa had oleh pihak kerajaan.

Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, potongan cukai itu akan diberikan secara dollar for dollar atau nilai yang setara dengan jumlah yang disumbangkan kepada tabung tersebut.

"Mereka yang memberikan sumbangan boleh dapat faedah pemotongan cukai, tolonglah simpan resit mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967. 

"Pihak syarikat pun akan dapat pengurangan cukai...kalau derma banyak contohnya RM13,000 akan dapat pengecualian sebanyak RM13,000. Kita beri potongan ikut dollar for dollar," kata beliau pada sidang media yang diadakan pada Khamis.

Kesemua wang sumbangan itu akan dikendalikan oleh Perbendaharaan Malaysia dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain bagi mengurangkan hutang kerajaan Persekutuan.

Setakat pukul tiga petang Khamis, Guan Eng mengumumkan kutipan derma sudah mencecah sebanyak RM7,075,508.79 dalam tempoh kurang 24 jam tabung ini dilancar oleh kerajaan.

Jumlah kutipan semasa akan dikemas kini di laman web kementerian itu pada pukul tiga petang, setiap hari. 

Menurut Guan Eng, biarpun jumlah sumbangan terkumpul itu masih jauh dari nilai sebenar hutang kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah RM1 trilion, namun pihak kerajaan tidak melihat kepada jumlah sumbangan tetapi semangat cintakan negara yang ditunjukkan rakyat Malaysia.

Beliau turut memberi perumpamaan yang Malaysia memerlukan 2,740 tahun bagi melangsaikan semua hutang tersebut sekiranya ia dibayar secara ansuran sebanyak RM1 juta sehari.

Guan Eng turut menepis pandangan negatif sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan menubuhkan tabung tersebut.

"Itu adalah pandangan pihak tertentu (persepsi negatif), kita ambil kira tapi saya rasa kalau rakyat nak tunjukkan mereka sayangkan negara, itulah satu saluran amat bermakna supaya semua dapat bersama-sama beri sumbangan.

"Pada masa sama, ada banyak negara yang buat kutipan demikian seperti Korea Selatan, tapi ini (kutipan derma) tidak menjejaskan pembangunan mereka. Tiada kesan negatif seperti mana yang dibimbangkan," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain