suria

BR1M dibayar sebelum Aidilfitri tapi...

Lim Guan Eng. Foto Reuters

PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), agihan wang tunai yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan tetap dibayar pada Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun, BR1M akan diberikan nama lain.

Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu depan.

"Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya pada petang Sabtu.

Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan menerima BR1M sejak awal tahun ini.

Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an BR1M yang diperkenalkan oleh BN sebelum ini bertu­juan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.

Dr Maha­thir berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.

BR1M, Lim Guan Eng

Artikel Lain