suria

Bekas MB minta bantuan Aidilfitri diteruskan kepada penjawat awam

Mohamed Khaled Nordin. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap bantuan khas kewangan yang diumumkan kerajaan negeri terdahulu kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri, dapat diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.  

Beliau berkata ini kerana, keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya umum dengan tujuan untuk membantu kakitangan awam melakukan persiapan Hari Raya dan kerajaan negeri Johor mampu membiayainya.  

“Ia juga bagi membalas jasa kakitangan awam yang berkhidmat menyumbang kepada pembangunan Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.  

Sebelum ini, kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional mengumumkan bantuan bantuan sebanyak RM1,000 kepada 19,000 kakitangan awam negeri sempena Aidilfitri.

Pembayaran itu sepatutnya dibuat pada Selasa ini (28 Mei). - Bernama

Mohamed Khaled Nordin

Artikel Lain