Kes 1MDB itu benar, terlalu besar untuk dilindungi - Semasa | mStar

Kes 1MDB itu benar, terlalu besar untuk dilindungi

Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. -fotoTHESTAR

PETALING JAYA: Kes 1MDB bukan satu rekaan, demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Mohd Shukri membuat pengakuan itu pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan agensi itu.

"Kes 1MDB dan SRC International adalah kes yang benar, bukan rekaan.

"Ia terlalu besar untuk dilindungi," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, pagi Selasa.

Menurut Mohd Shukri, beliau juga telah menyatakan perkara sama kepada ramai menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, tetapi hanya tiga orang yang berani bersuara.

Mereka adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Yang lain semua takut, sekarang bila kerajaan dulu dah jatuh ramai menteri dulu telefon saya kata kalau mereka dengar cakap saya dulu tak jadi macam ni," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Mohd Shukri turut mendedahkan bagaimana beliau dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh pembelot, pengkhianat dan mahu menumbangkan kerajaan terdahulu hanya kerana menyiasat dan cuba mengembalikan wang negara.

Malah, katanya, mereka berdua juga berdepan tekanan yang cukup hebat sepanjang melakukan siasatan termasuklah ugutan pecat, bersara awal, ditangkap dan saksi-saksi dilarikan.

"Bayangkan saya dan Tan Sri Abu Kassim masa tu kami berjuang untuk negara, nak dapatkan balik duit yang dicuri dari rakyat, kami nak tolong bawa balik btapi kami dituduh konspirasi, dituduh pembelot.

"Kami rasa sedih sangat, kami nak ambil balik duit dan AS dah janji pun nak bagi duit tu balik kepada Malaysia dan dituduh sebagai pengkhianat," katanya.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

1MDB , Mohd Shukri Abdull , SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain