suria

Memalukan! Ramadan dicemari dengan perbuatan terkutuk

DISAAT umat Islam meraikan bulan Ramadan yang mulia, ia dicemari dengan perbuatan terkutuk tiga remaja lelaki yang dibertindak meragut seorang wanita berusia 55 tahun di Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa dikatakan baru pulang dari pasar.

Namun, sebaik tiba di hadapan pagar rumahnya, mangsa didatangi tiga lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dimana salah seorang daripada mereka bertindak melarikan beg tangan mangsa.

Perbuatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup, CCTV jiran berhampiran.

Laporan polis telah dibuat dan ketiga-tiga suspek berkenaan kini sedang diburu polis.

ragut, Butterworth

Artikel Berikut

Artikel Lain