suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan bertanggungjawab selepas kemalangan, netizen bongkar identiti pemandu

SEORANG penunggang motosikal terpaksa menanggung derita selepas terbabit dalam kemalangan di sebuah lebuhraya di Perai, Pulau Pinang, Ahad.

Segala-galanya bermula selepas seorang pemandu kereta jenis Suzuki Swift berwarna merah tiba-tiba membelok sebaik tiba sebuah persimpangan.

Hal itu mengakibatkan kereta berkenaan menghimpit penunggang motosikal itu sebelum mangsa hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan.

Insiden itu yang tular di media sosial turut mengundang kemarahan netizen apabila suspek dilihat enggan memberhentikan kenderaannya itu.

Berikutan itu, netizen bertindak membongkarkan identiti wanita berkenaan sehingga ia menjadi tular.

Difahamkan, wanita terbabit turut membuat laporan polis.

Perai, Pulau Pinang, OKU, kemalangan

Artikel Lain