suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status MB Azmin diketahui esok

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan berhubung statusnya sebagai Menteri Besar pada Isnin.

Azmin telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika ditemui di luar Istana Bukit Kayangan di sini pada tengah hari Ahad, Azmin memberitahu pihak media, dua jam mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berlangsung dengan lancar.

Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan sama ada telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar untuk menyertai Kabinet.

"Istana akan mengeluarkan kenyataan mengenai status saya pada 9 pagi, esok," kata Azmin.

Ditanya sama ada beliau akan menjadi antara menteri yang dijadualkan mengangkat sumpah pada Isnin di Istana Negera di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Azmin tetap berkata, kenyataan Istana negeri itu akan menjelaskan segala persoalan mengenainya.

Terdahulu, Bernama melaporkan Azmin dilihat memasuki istana kira-kira 11.50 pagi bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Pada Sabtu pula, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bertemu Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi membincangkan jawatan kabinetnya.

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pagi Isnin.

Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantikan beliau iaitu Adun Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.




Azmin, MB, Istana Kayangan

Artikel Sebelum

Kit Siang tak minat!

Artikel Lain