Tragedi berdarah 1 Ramadan, tiga beradik maut ditetak - Semasa | mStar

Tragedi berdarah 1 Ramadan, tiga beradik maut ditetak

Gambar lokasi kejadian dipetik daripada Facebook Bagan Datuk Kini.

BAGAN DATUK: Tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun maut selepas ditetak seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental yang mengamuk di Kampung Sungai Haji Muhammad di Rungkup di sini petang Khamis.

Kejadian  kira-kira  2.30 petang itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa, serta dua pelajar sekolah, bagaimanapun identiti  mereka masih belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata lelaki terbabit telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga beradik itu  hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mangsa cedera parah.

Jelas beliau selepas kejadian itu, suspek telah menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah serta seorang orang awam yang masih belum dikenali pasti identiti mereka.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek hasil maklumat orang awam dan telah merampas senjata digunakan suspek. 

Semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan.

"Siasatan masih berjalan dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, seorang  penduduk kampung yang enggan dikenali berkata,  lelaki dikenali Rambo itu dimaklumkan baharu sahaja pulang ke kampung berkenaan selepas merantau. - Bernama

amuk

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain