Klip audio gadis merengek nak beli 'g-string' merah tular - Semasa | mStar

Klip audio gadis merengek nak beli 'g-string' merah tular

PETALING JAYA: Seorang gadis yang dikenali sebagai Zaza tular gara-gara permintaan membeli 'g-string'.

Audio percakapan Zaza bersama seorang lelaki, didakwa mirip suara Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu tular sejak Jumaat.

Zaza memanggil lelaki itu dengan panggilan 'daling'.

Percakapan tersebut turut berkisar dengan aktiviti harian dan perancangan mereka untuk bertemu.

Dalam salah satu perbualan dapat didengar Zaza mahu membeli pakaian dalam.

"Zaza nak beli g-string, nak 'color' merah'," kata Zaza dengan nada manja.

"Oooo...bila pakai nanti nanti nak tengok," balas lelaki tersebut.

"Mestilah boleh," jawab Zaza.

"Nak tengok," sekali lagi lelaki itu membuat permintaan.

"Ok darling," balas Zaza.

"Ok sayang."

"Ok darling. Bye. Love you too."

Dalam pada itu, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan isu percakapan klip audio bersama seorang wanita itu kepada peguamnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian selepas diajukan pertanyaan tentang isu tersebut oleh wartawan sebaik sahaja tamat ceramah di Klebang Restu, Manjoi, Ipoh, Sabtu malam.

Selain klip audio tersebut, sekeping gambar seorang lelaki, juga didakwa mirip Mat Sabu sedang memeluk seorang gadis di dalam kereta tular di media sosial.

Zaza , G-String

Artikel Berikut

Artikel Lain