suria

Umno pecat Rafidah, Daim dan Rais

Tengku Adnan Tengku Mansor

PETALING JAYA: Lembaga disiplin Umno memecat veteran Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim dari parti itu selepas berada di majlis Pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan beliau telah menandatangani surat itu untuk memecat ketiga-tiga ketiga menteri itu, lapor Utusan Online.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

“Saya berada di ibu pejabat Umno semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran Umno tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.

Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.

Ketiga-tiga mereka telah mengkritik Barisan Nasional manakala Daim dan Rafidah secara terbuka menyokong Pakatan Harapan dengan menghadiri acara dan berceramah.

Percubaan oleh The Star untuk menghubungi Tengku Adnan, Rafidah, Daim dan Rais sedang diusahakan.

Umno, Rafidah Aziz, Rais Yatim, Daim

Artikel Lain