suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga rugi RM21,000 kononnya ada kontrak makanan dengan pejabat agama

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang peniaga kerugian RM21,000 selepas diperdaya oleh beberapa individu berhubung kontrak menyediakan makanan untuk peserta kursus yang kononnya dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jengka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supritendan Mohd Wazir Yusof berkata dalam kejadian petang Isnin itu, mangsa yang berusia 47 tahun tersebut menyerahkan wang berkenaan kepada seorang wanita di pejabat agama tersebut, kononnya sebagai modal.

Mangsa mendapat maklumat mengenai kontrak menyediakan makanan untuk 700 peserta kursus di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak di Maran daripada seorang guru wanita di sebuah sekolah di Kuala Tembeling.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki melalui telefon yang meminta mangsa berjumpa dengan seorang wanita di pejabat agama berkenaan.

“Kira-kira 4.15 petang semalam mangsa ke pejabat agama tersebut dan berurusan dengan seorang wanita yang tidak dikenali sebelum menyerahkan wang terbabit dan wanita kemudian meminta mangsa menunggu kadi di pejabat itu,” katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Menurutnya tidak lama kemudian mangsa bertanya kepada staf pejabat agama berkenaan berhubung kontrak tersebut namun dimaklumkan tiada kontrak sedemikian dikeluarkan.

Wanita yang berurusan dengan mangsa juga telah hilang dan suspek yang dihubungi melalui telefon juga gagal dihubungi menyebabkan mangsa  yang merasa ditipu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Jengka, Maran, katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

peniaga ditipu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain