suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Walaupun tidak dicalonkan semula, saya tetap tabah" - Puad Zarkashi

SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tetap bersemangat meneruskan tugasan hariannya, meskipun beliau tidak dicalonkan semula sebagai calon BN.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Mohd Puad berkata, walaupun berat untuk menerima keputusan itu, namun beliau tetap kuat semangat.

"Hari ini (semalam), walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 buah sekolah menyampaikan sumbangan RM6,000 kepada setiap Kelab Bilik Guru (Kebiru).

"SK Seri Sempurna, SK Seri Rengit, SMK Tun Sardon, SMK Permata Jaya, SK Seri Mutiara, SK Seri Belahan, SK Seri Merlong, SK Setia Budi, SK Seri Ladang, SK Perpat, SK Rejo Sari, SMPC Chong Hwa Rengit dan SJKC Chong Hwa Rengit," jelasnya.

Terdahulu, tular menerusi melalui aplikasi WhatsApp dipercayai daripada Mohd Puad menyatakan mahu bertanding sebagai calon bebas sekiranya beliau tidak dicalonkan semula sebagai calon BN di kerusi Parlimen Batu Pahat dan Dun Senggarang.

Rentetan itu, nama Mohd Puad terus panas apabila dikatakan bakal meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jasa sebagai tindak balas daripada keputusan penolakannya itu.-SinarHarian

Puad Zarkashi, Umno, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain