suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arah mangsa bayar RM2,000 kemudian lesap

MIRI: Lebih 100 individu membuat aduan di balai polis Pusat Miri selepas didakwa diperdaya ejen pekerjaan palsu.

Mangsa yang terdiri daripada golongan lelaki dan wanita rakyat tempatan mendakwa mereka diarahkan untuk membayar ribuan ringgit kepada agensi pekerjaan sektor gas dan minyak di Brunei.

Mangsa turut mendakwa selepas membayar RM2,000 yang dipanggil sebagai 'yuran' pemprosesan permit kerja mereka, ejen pekerjaan itu lesap bersama wang yang sudah diterima.

Laporan sama turut dibuat di balai polis dekat sini sejak Isnin.

Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mat Tusin berkata, ejen pekerjaan palsu itu dikatakan giat beroperasi di Miri, Bintulu dan Kuching.

"Kami dimaklumkan bahawa terdapat ratusan mangsa lain di Miri, Bintulu dan Kuching yang sudah membayar wang deposit untuk mendapatkan pekerjaan.

"Malangnya, ejen pekerjaan tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi.

"Selepas membayar wang deposit, mereka menutup pejabat dan talian telefon turut dimatikan," dakwanya.

Polis masih mengumpul aduan dan mengambil keterangan daripada semua mangsa.

agensi pekerjaan palsu

Artikel Lain