suria

Senarai calon PKR P.Pinang tular, Izzah dijangka ke Permatang Pauh

GEORGE TOWN: Senarai calon PKR di Pulau Pinang mulai tular di media sosial, dengan naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh.

Senarai itu juga menyaksikan speker Dewan Undangan Negeri (DUN), Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan anggota Exco, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) digugurkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon (Pantai Jerejak) akan berpindah ke parlimen Batu Pahat, Johor.

Turut digugurkan adalah Adun Batu Uban, Dr T.Jayabalan, Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Sungai Bakap, Datuk Maktar Shapee.

Bagaimanapun nama yang dicalonkan adalah ahli Majlis Perbandangan Seberang Prai, Goh Choon Aik sebagai calon Bukit Tambun, sementara setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dijangka mengisi kerusi timbalan ketua menteri I akan bertanding kerusi parlimen Bandar Baharu dan DUN Pantai Jerejak di Pulau Pinang.

Bekas Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain dikatakan bakal bertanding kerusi Batu Maung.

Koordinator biro kewarganegaraan PKR, A.Kumaresan juga tersenarai sebagai calon Batu Uban, dan Jason Ong Khan Lee akan bertanding semula di Kebun Bunga.

Selain itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung akan bertanding di Bukit Tengah, ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Dr Amar Pritpal Abdullah masing-masing calon di Balik Pulau dan Sungai Bakap.

Dua lagi yang dikekalkan adalah Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Nurul Izzah, Permatang Pauh

Artikel Berikut

Artikel Lain