suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 maut, 15 cedera dirempuh van

Bahagian hadapan van yang dipanduk suspek remuk teruk.

TORONTO: 10 maut, manakala 15 lagi cedera selepas sebuah van merempuh laluan pejalan kaki di sebatang jalan yang sibuk di tengah bandar raya ini, ketika waktu makan tengah hari.

Suspek yang dikenali sebagai Alek Minassian, 25, telah ditahan polis Toronto.

Saksi berkata suspek dilihat memandu van tersebut dengan laju secara sengaja.

Bagaimanapun polis berkata punca sebenar atau motif kejadian masih belum diketahui.

Suspek berjaya ditahan polis sejurus selepas insiden tersebut.

Ketua Polis Toronto Mark Saunders berkata berdasarkan maklumat terkini, insiden itu tiada kaitan dengan ancaman keselamatan tetapi tidak menolak ia merupakan tindakan keganasan.

Berdasarkan rakaman video, suspek yang memakai baju berwarna gelap ditahan selepas berjaya dikepung pihak polis tidak jauh dari lokasi kejadian.

Sementara itu, pihak hospital berkata, lima mangsa yang kini dirawat di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Sunnybrook berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan serius yang dialami.

Menteri Keselamatan Awam Kanada, Ralph Goodale pula enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai faktor yang mendorong kejadian itu.

kemalangan, Toronto

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain