suria

LHDN: 16 syarikat, 15 individu diisytihar muflis

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 pembayar cukai terdiri daripada 16 syarikat dan 15 individu diisytiharkan muflis oleh mahkamah kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM8.18 juta.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, LHDN berkata, 16 buah syarikat dan 15 individu itu masing-masing mempunyai tunggakan cukai dan kenaikan sebanyak RM4.86 juta dan RM 3.32 juta.

Syarikat-syarikat yang diisytiharkan muflis itu adalah Swarma Bumi Communication Sdn Bhd, Omnilink Marketing Solutions Sdn Bhd, F.C.F. Component Sdn Bhd, Renowned Shanghai (M) Sdn Bhd, Alpha Luxury Sdn Bhd dan Dipri Sdn Bhd, Rajiv Enterprises Sdn Bhd, Taisun Industries Sdn. Bhd dan Everest Products Sdn Bhd.

Selain itu ialah syarikat Kejuruteraan Elektrik Winsen Sdn. Bhd, PJBUMI Composites Sdn. Bhd, CRE Construction Sdn Bhd, Lee Motors Sdn Bhd, LSB Holding Sdn Bhd, Kejuruteraan Pakatan Jaya (K.B.) Sdn Bhd dan Revenus Industry Sdn Bhd. - BERNAMA

muflis, LHDN

Artikel Berikut

Artikel Lain