suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

200 hilang tempat tinggal, rumah panjang hangus dijilat api

MIRI: Kawasan penduduk di rumah panjang, Rumah Lorres yang terletak di pedalaman Ulu Rajang, Sarawak musnah dalam kebakaran yang berlaku  pada malam Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (bomba) dalam laporannya berkata, sebanyak 39 tempat tinggal musnah dijilat api pada kejadian yang berlaku tengah malam, menyebabkan kira-kira 200 orang kehilangan tempat tinggal.

"Tiada kematian dilaporkan," katanya pada Ahad.

Bomba dari bandar terdekat Kapit mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke tempat  dengan menggunakan bot.

Bomba Sarawak berkata, mangsa berlindung di rumah panjang lain di kawasan itu sementara menunggu bantuan dari pihak berkuasa.

kebakaran

Artikel Lain