suria

Keluarga minta jenazah mangsa tembak dibawa pulang ke Gaza

KUALA LUMPUR: Keluarga pensyarah dan imam warga Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang mati ditembak di Setapak pada Sabtu, merayu agar jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di negara kelahirannya.

Menurut Pengurus Besar Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO) Dr Mahmoud Shakfa, keluarga Allahyarham telah berpesan supaya perkara itu dibuat bagi membolehkan mereka menatap wajah arwah buat kali terakhir setelah tujuh tahun tidak berjumpa.

"Ayah Dr Fadi telah menghubungi kami meminta supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Jabalia, Gaza. Seluruh keluarganya terutama ibu dan adik-beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

"Usaha sedang giat dijalankan melalui kerjasama pihak kedutaan Palestin, Mesir dan juga Malaysia bagi urusan logistik untuk membawa jenazah ke Gaza, " katanya kepada pemberita di Hospital Selayang pada Ahad.

Jenazah kini berada di hospital itu untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, abang mangsa dijangka tiba petang ini dari Jerman.-Bernama

Jenazah Dr Fadi

Artikel Lain