suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor berkecuali dalam hal politik, hormati kuasa rakyat

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda sentiasa berkecuali dalam hal berkaitan politik di negara ini.

"Beta ingin menegaskan bahawa beta dan Istana Negeri Selangor sentiasa berada di pihak berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

"Beta tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik dan tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahupun negara," titahnya melalui perutusan khas yang dikeluarkan pada Jumaat.

Peruntusan itu ditandatangani setiausaha peribadi baginda, Datuk Munir Bani.


Perutusan Khas Sultan Selangor.


Baginda bertitah demikian susulan beberapa laporan tidak benar yang tular dan cuba mengaitkan Sultan Selangor dan Istana Negeri Selangor dengan kenyataan berbaur politik.

Sultan Selangor turut menegaskan bahawa kedudukan baginda sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda sentiasa menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mewakili mereka.

Titah baginda, ia adalah selaras dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh negara ini.

"Beta ingin mengingatkan semua rakyat terutama di Selangor supaya jangan menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan ketika musim pilihan raya umum ini berjalan.

"Beta berharap Pilihan Raya Umum ke-14 ini dapat dijalankan dengan lancar dan di dalam keadaan aman tanpa sebarang kekecohan," titah baginda lagi.


Artikel Lain