suria

“Bukan niat saya untuk menghina tapi…” – Kak Zai

Zaihani Mohd Zain atau lebih mesra dipanggil Kak Zai.

PETALING JAYA: Pengkritik fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi komen pedasnya mengenai individu berbadan besar.

Zaihani atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zai berkata, dia tiada niat untuk mengeluarkan kenyataan menghina mengenai bentuk badan seseorang, sebaliknya ia sekadar luahan berdasarkan pengalaman yang dialaminya baru-baru ini.

“Bukan niat saya untuk menghina ‘body shame’ (menghina badan seseorang) sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun para pengikut.

“Tapi status FB (Facebook) saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi ‘manspreading’ (lelaki duduk terkangkang) yang saya alami baru-baru ini,” katanya menerusi posting di laman sosialnya pada Rabu.

Komen pedas Kak Zai mengenai berat badan mengundang kontroversi.

Sepanjang kerjaya sebagai ketua penata gaya selama hampir tiga dekad, beliau berkata, tanggungjawabnya itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya dirinya bersikap ‘judgemental’.

Sehubungan itu, dia memohon maaf sekiranya status berkaitan kritikan mengenai berat badan itu menyinggung perasaan.

“Sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan-kawan dan followers (para pengikut), saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,” katanya sambil menambah permohonan maaf itu dibuat dengan setulus hati.


Status Kak Zai di laman sosial Facebook peribadinya baru-baru ini mengundang kontroversi apabila mengkritik individu berbadan besar.

"Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.

"It's so awkward and uncomfortale for the persons seated next to you (Ia nampak janggal dan tidak selesa bagi mereka yang duduk bersebelahan anda)," tulisnya di Facebook, dipercayai mempunyai kaitan dengan kehadiran individu berbadan besar pada majlis pertunjukan fesyen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain