suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Syed Saddiq calon Parlimen Muar

Syed Saddiq.


MUAR: Teka-teki berhubung calon Pakatan Harapan (Harapan) yang bakal bertanding di Parlimen Muar pada PRU14 nanti terjawab apabila Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan namanya.

Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membuat pengumuman terbabit turut mendedahkan tiga lagi calon mereka yang bakal menawan Parlimen dan DUN di negeri ini.

Mereka masing-masing adalah Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub untuk parlimen Simpang Renggam, Ketua Amanah Ledang, Dr Faizul Amri Adnan calon Dun Serom serta Ketua Wanita Pakatan Harapan Johor, Norhayati Bachok sebagai calon Dun Maharani.

Terdahulu, pengumuman itu dibuat dihadapan 3,000 penonton yang hadir dalam ceramah Harapan Malaysia di Parit Jawa di sini, Sabtu malam.

Hadir sama, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Sinar Online

Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain