suria

Manifesto BN bukan kejar undi - Najib

Najib melaungkan kata-kata semangat semasa berucap pada Pelancaran Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 ‘Bersama Barisan Nasional Hebatkan Negaraku’ di Stadium Axiata Arena, Sabtu malam. Foto FAIHAN GHANI/The Star


KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan bertujuan mengejar undi tetapi mementingkan rakyat dan negara, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, manifesto itu juga bukan untuk menabur gula-gula, harapan palsu dan janji populis.

"Sebaliknya, Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama," kata Najib yang juga Perdana Menteri dalam catatan terbaharu blog beliau, Sabtu malam.

Najib juga menegaskan segala yang disenaraikan itu mampu dicapai, boleh dilaksanakan dan akan memastikan negara terus membangun, lebih maju dan berjaya.

Beliau berkata manifesto itu meliputi setiap pelosok tanah air, dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak dan tiada kawasan yang ditinggalkan.

"Setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, kaum, kepercayaan, taraf pendidikan atau latar belakang, tiada sesiapapun yang akan terlepas pandang," katanya mengenai manifesto BN yang yang dilancarkan pada Sabtu malam.

Beliau berkata, manifesto itu bukan sahaja menawarkan kesinambungan semua pencapaian Malaysia, tetapi juga untuk menjadikan negara lebih hebat dan berjaya. - Bernama

Manifesto BN

Artikel Lain