suria

Pelik... enam tandan, enam jantung pisang

Hasbullah menunjukkan pisang bertandan enam di rumahnya. Foto Sinar Online

PONTIAN: Seorang pekebun terkejut apabila pokok pisang yang ditanam di hadapan rumahnya di Kampung Parit Makuaseng, Benut, di sini, mengeluarkan enam tandan dan mempunyai enam jantung.

Hasbullah Abdul Rahman, 49, berkata, kejadian itu disedari sebulan yang lepas selepas pokok itu berbuah agak pelik apabila mempunyai tandan pisang.

Menurutnya, pokok tersebut merupakan pokok pisang hiasan yang diberikan oleh seorang kenalan dari kepulauan Jawa Indonesia, dua tahun lalu.

“Pokok pisang hiasan ini berbeza dengan pokok pisang yang lain kerana keadaannya lebih rendang dan tidak besar.

“Enam tandan dan enam jantung pisang yang keluar dari pokok pisang sangat mengejutkan dan ramai penduduk kampung yang bertanya tentang pokok yang saya tanam ini,” katanya.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk menebang pokok tersebut sebaliknya akan membiarkannya.

“Memang saya banyak tanam pisang di keliling rumah tetapi pokok pisang hiasan ini paling istimewa.

“Sehinggakan ada yang mengambil gambar pokok pisang di sini dan diletak di media sosial,” katanya. - Sinar Online

pisang

Artikel Lain