suria

"Saya bersyukur" - Rizalman

Rizalman Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Datuk Rizalman Mokhtar bersyukur apabila ujian air kencingnya disahkan negatif oleh Unit Patologi Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu berkata, tiada tindakan lanjut diperlukan dan kes itu dianggap selesai.

"Saya harap semua pihak akan berhenti menyebarkan perkara tidak benar mengenai saya atau serangan peribadi media sosial.

"Saya berterima kasih kepada polis dan SPRM sepanjang siasatan dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Rizalman turut berharap ia dapat membersihkan namanya bersama keluarga, Umno dan Barisan Nasional.

"Tumpuan saya sekarang ialah untuk berkhidmat kepada rakyat dan membantu Barisan Nasional di Bandar Tun Razak menghadapi PRU14.

"Saya juga berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan semua yang memberi sokongan moral kepada saya," katanya.

Surat rasmi daripada Polis Kuala Lumpur yang tular di media sosial, menunjukkan sampel air kencingnya dihantar ke Unit Patologi Hospital Kuala Lumpur untuk ujian lanjut dan kemudian disahkan negatif dadah.

Ditandatangani oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, surat tersebut turut menyebut kes itu dianggap selesai dan tiada tindakan lanjut diperlukan.

Rizalman Mokhtar, dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain