suria

Pesakit mental terjun laut dikhuatiri lemas

Pantai Batu Buruk terletak kira-kira 1.2 kilometer dari Hospital Sultanah Nur Zahirah. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental  dikhuatiri lemas apabila terjun ke dalam laut  di Pantai Batu Buruk selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, Jumaat.

Wan Mohd Azren Wan Abdullah,32, berasal dari Dungun dan menetap di Panji Alam, Kuala Terengganu dikatakan mempunyai masalah mental dan menerima rawatan di HSNZ sebelum bertindak melarikan diri ke arah pantai.

Saksi kejadian Syed Mohamad Shamsuddin Tuan Azam, 50, berkata semasa semasa kejadian beliau berada di  unit kecemasan hospital berkenaan sebelum melihat mangsa berlari keluar dan beliau turut sama mengejar mangsa.

"Semasa saya duduk di unit kecemasan saya dengar perempuan menjerit dan melihat seorang lelaki melintas depan saya dan saya terus kejar lelaki tersebut.

"Sampai di tengah jalan dia terus buka baju dan kain dia dengan berbogel lari menghala ke pantai dan terus terjun ke dalam air," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian pada Jumaat. - Bernama

lemas, sakit mental

Artikel Lain