suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sasterawan negara meninggal dunia selepas menderita pneumonia

Foto dari Facebook WanRafar Ishak.

PETALING JAYA: Bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd. Baharudin Mohd. Sidi, 72, menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat kerana menderita penyakit pneumonia dan kegagalan organ.

Allahyarham yang juga seorang sasterawan negara itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Baharudin C. D. pernah berkhidmat dengan Najib Razak ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan.

Allahyarham dilahirkan pada 10 Ogos 1946 di Kampung Kuala Telang, Kuala Lipis dan mendapat pendidikan awal di sekolah Clifford Kuala Lipis di Pahang.

Baharudin berkelulusan Sarjana Muda Sastera Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya.

Bakat sasterawan negara itu berkembang ketika bertugas di sebuah syarikat akhbar tempatan dan namanya mula dikenali selepas novelnya, Arca Berdiri Senja memenangi hadiah pertama Sayembara Novel Hari Guru pada 1976.

Parlimen Bubar, PRU14

Artikel Sebelum

Parlimen bubar hari ini

Artikel Lain