suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 2.0: Hanya Serah Memorandum, Tiada Perarakan - Polis

KUALA LUMPUR: Laluan pintu masuk ke Parlimen diperketatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghalang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangkakan memasuki bangunan itu pagi Rabu.

Di persimpangan Jalan Parlimen, sepasukan polis membuat pemeriksaan awal ke atas setiap kenderaan.

Hanya ahli parlimen, pegawai dan kakitangan kerajaan, petugas media yang mempunyai pas sah sahaja selain dibenarkan memasuki bagunan itu.

Kira- kira 100 pegawai dan anggota polis bertugas di sepanjang Jalan Parlimen dan pintu masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah menegaskan hanya empat individu dibenarkan menyerahkan menorandum ke Parlimen.

Katanya, sekiranya berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan segera berlandaskan lunas undang-undang.

"Tidak ada perarakan menunu ke Parlimen, tidak ada pembesar suara dan tidak ada pacuan empat roda (4x4)," katanya kepada penganjur Himpunan Bersih 2.0 menyerahkah memorandum bantahan pembentangan persempadanan semula bahagian pilihan raya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengetatkan kawalan di sekitar Tugu Negara.-SinarHarian

Bersih 2.0, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain