suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong Britain Terjatuh Gunung Mulu Meninggal Dunia

Gunung Mulu.

MIRI: Pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan yang kritikal setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu pada Isnin, meninggal dunia pagi Selasa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata menurut pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi kejadian, ketika mereka berjaya menemui pelancong berusia 50 tahun itu malam Isnin, beliau masih sedar dan boleh bercakap.

Mangsa, bagaimanapun tidak sedarkan diri semasa dibawa turun ke bawah pada 2.28 pagi, katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata Unit Udara Bomba Miri dari Mulu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Miri menerima rawatan pada 9.35 pagi Selasa.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala akibat terjatuh di laluan dikenali sebagai ‘Pinnacle Trail' di Gunung Mulu, Isnin. - Bernama

jatuh gunung

Artikel Sebelum

Artikel Lain