suria

RUU Anti Berita Palsu Beri Kesan Besar Terhadap Media

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Palsu 2018 mempunyai implikasi besar terhadap media kerana penalti yang dikenakan ke atas sumber, penerbit dan penyumbang dana.

"Walaupun RUU mensasarkan orang-orang yang mereka berita palsu, organisasi media mungkin akan ditindas," kata Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew.

Chin berkata, NUJ prihatin terhadap fasal yang menyatakan bahawa sebarang perintah oleh kerajaan yang mahu penerbitan untuk menarik keluar 'berita palsu' tidak boleh diketepikan.

ARTIKEL BERKAITAN: RUU Anti Berita Palsu 2018 Dibentangkan Di Dewan Rakyat

"Kebenaran sebelah pihak mempunyai kuasa yang tidak boleh dipersoalkan untuk menarik keluar artikel yang tidak dipersetujui (mereka), (peraturan itu) akan mudah disalahgunakan," katanya.
 
Sesiapa yang didapati menyediakan bantuan kewangan akan menghadapi hukuman yang sama, manakala sesiapa yang gagal membuang penerbitan yang mengandungi berita palsu boleh didenda sehingga RM100,000.

"NUJ mempersoalkan tentang mengapa RUU itu mengenakan penalti yang jauh lebih tinggi berbanding penalti sedia ada yang menangani isu berita perbalahan dan posting di laman sosial," kata Chin.

Sebagai perbandingan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah jenayah membawa hukuman sehingga penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia untuk penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul boleh dihukum dengan denda sehingga RM50,000 dan sehingga satu tahun penjara, atau kedua-duanya.

Anti Berita Palsu 2018

Artikel Berikut

Artikel Lain