suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larangan Surcaj: Matta Tak Puas Hati

PETALING JAYA: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) tidak berpuas hati dengan larangan surcaj terhadap pembayaran melalui kad kredit kerana ia boleh mendatangkan kesulitan kepada ahlinya dan juga pelancong.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang, berkata agensi pelancongan dan syarikat pengembaraan beroperasi dengan margin yang rendah, tidak seperti gedung runcit di pusat membeli-belah.

“Disebabkan itu, surcaj perlu dikenakan terhadap pembayaran melalui kad kredit untuk memperoleh kembali kos kadar diskaun peniaga (MDR) yang dikenakan oleh bank,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, cara mudah untuk agensi pelancongan dan syarikat pengembaraan adalah memasukkan MDR ke dalam harga, tetapi ini tidak adil kepada sebilangan besar pelanggan yang membayar secara tunai, melalui cek atau dalam talian.

“Ia memberi lebih kebaikan kepada pengguna apabila bayaran dikenakan lebih telus dan dikenakan serendah mungkin,” katanya. -Sinar Harian

Matta, Larangan Surcaj

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia