suria

Tujuh Identiti Kru Kapal Korek Dikenal Pasti

MUAR: Identiti tujuh daripada sembilan mangsa yang dipercayai kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik Rabu lepas dan ditemukan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat, sudah dikenal pasti.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata lima mangsa yang selamat merupakan lelaki warganegara China iaitu Wu LiangFu, 48, Liang Rongbin, 44, Jiang Chunlin, 51, Liu Konggan, 47, dan Liang Puzeng, 62.

"Dua mayat yang dijumpai di dalam kapal itu pula adalah lelaki warganegara China yang dikenali  sebagai Liang Caiman, 50, dan wanita rakyat China, Chen Xuefen, 54. Dua lagi mayat masih belum dikenal pasti identiti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, seramai 14 orang kru terperangkap di dalam kapal korek itu manakala empat lagi dapat ditemukan pasukan SAR namun seorang daripadanya meninggal dunia. -Bernama

Kapal Korek

Artikel Sebelum

Artikel Lain