suria

Janda ‘Rela Dirogol’ Mahu Dedah Identiti Lelaki Buat Gangguan Seksual

Paparan skrin video Siti Amiza yang mengundang kontroversi, sehingga tular di media sosial.

PETALING JAYA: Tindakan berani seorang wanita berkelakuan lucah menerusi penstriman video secara langsung di halaman Facebooknya baru-baru ini bagaikan "pukulan bola tanggung" apabila membangkitkan kemarahan netizen.

Janda berusia 22 tahun itu dikecam selepas muncul menerusi video dengan mendakwa mempunyai 'keinginan' untuk dirogol oleh 10 lelaki.

Malahan wanita dari Sungai Petani, Kedah itu turut mengeluarkan kata-kata keterlaluan membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum.

Bercakap kepada mStar Online, Siti Amiza Baharuddin berkata, apa yang diperkatakan di dalam video tersebut sekadar gurauan semata-mata.

Bagaimanapun wanita ini yang juga penjual ubat tenaga batin lelaki ini mengakui kesilapannya dan memohon maaf di atas kesilapannya itu.

“Saya memang suka buat lawak. Tak sangka pula ada yang ambil serius. Saya dah padam video tu tapi dah ada yang sebarkan. 

“Saya minta maaf kepada semua sekiranya mereka tersinggung dengan video tersebut. Saya juga memohon maaf sekiranya saya menyentuh isu perkauman,” katanya.

Paparan skrin video permohonan maaf yang dibuat Siti Amiza di laman Facebook.

Siti Amiza memberitahu beliau akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat video termasuk ketika mempromosikan produknya di laman sosial.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, dia juga akan berpenampilan lebih sopan dalam video-videonya yang akan datang.

“Mungkin bagi saya ok, tapi tidak bagi orang lain. Jadi, saya akan pastikan setiap video yang dibuat nanti tidak keterlaluan atau menyinggung perasaan orang,” katanya.

Siti Amiza yang turut membuat permohonan maaf menerusi video pada Selasa mendakwa diganggu dengan pelbagai mesej berbaur seksual.

Ditanya sama ada berhasrat membuat laporan polis, Siti Amiza berkata, buat masa ini dia hanya bercadang untuk menyiarkan nombor telefon individu-individu yang membuat serangan dan gangguan seksual terhadapnya, sehingga tular.

Dr Fauziah Mohd Sa'ad.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad berkata, beliau mengalu-alukan permohonan maaf Siti Amiza dan menasihatkan wanita itu supaya lebih berhati-hati terhadap perkara yang menyentuh sentimen agama, bangsa dan budaya, pada masa akan datang.

“Siti Amiza seharusnya menggunakan elemen lawak atau gurauan untuk membawa mesej ke arah yang positif dan bukan sebaliknya.

“Sama ada mahu berniaga atau menarik perhatian pengikut, dia seharusnya mencari idea yang menyenangkan dan tidak menyinggung perasaan,” katanya.

Bagaimanapun Dr Fauziah berkata, Siti Amiza perlu menunjukkan keihlasannya dalam permohonan maaf tanpa mempunyai sifat dendam, meskipun diganggu ramai pihak.

“Jangan mohon maaf sebab nak tutup isu sendiri, tapi buka isu lain yang lebih besar, yang boleh menyebabkan kemusnahan rumah tangga orang lain seperti menyiarkan nombor telefon pihak yang mengganggunya.

“Kemaafan itu seharusnya ikhlas kerana menyedari kesilapan. Jika tidak, lagi ramai yang akan benci dia dan masalah tak akan selesai,” katanya.

Siti Amiza Baharuddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain