PDRM Umum Pertukaran 20 Pegawai Kanan Berkuatkuasa 9 April - Semasa | mStar

PDRM Umum Pertukaran 20 Pegawai Kanan Berkuatkuasa 9 April

Seramai 20 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanan PDRM berkuat kuasa pada 9 April ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad mengumumkan 20 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya berkuat kuasa pada 9 April ini.

Antara yang terlibat ialah Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Azman Yusof yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu dengan memangku pangkat CP.

Jawatan Azman diambil alih Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Yusoff Mohd Amin dengan memangku pangkat DCP, kata Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula akan memangku gred VUYA5 (Jusa A).

Selain itu, Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Abd Aziz Yusof akan memangku pangkat CP.

Asmawati berkata SAC Modenisasi Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman Datuk Muhammad Az-lee Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Tempat Muhammad Az-lee diambil alih oleh SAC Mohd Azman Ahmad Sapri yang merupakan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Ismail akan memangku pangkat DCP.

Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman ACP Nik Azlan Wan Kadir pula dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC. - Bernama

PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain