suria

Bumbung Melayang, Stesen LRT Kelana Jaya Ditutup

Sebahagian bumbung stesen LRT Kelana Jaya diterbangkan angin.

PETALING JAYA: Stesen LRT Kelana Jaya ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan hujan lebat dan angin kencang di sini pada tengah hari Sabtu.

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa bumbung stesen diterbangkan angin, meskipun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

"Berikutan hujan masih lebat, pihak operasi LRT Laluan Kelana Jaya bertindak menutup stesen atas faktor keselamatan," menurut Rapid KL dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Tren dari Gombak ke Putra Heights dan sebaliknya buat sementara tidak akan berhenti di Stesen LRT Kelana Jaya.

Para pelanggan dari Gombak atau Putra Heights yang ingin ke Stesen Kelana Jaya perlu turun di Stesen Taman Bahagia untuk menaiki bas perantara ke stesen berkenaan.

Pengguna diminta menyemak maklumat terkini menerusi saluran media sosial di Facebook dan Twitter Rapid KL.

"Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Keselamatan penumpang adalah tanggungjawab kami," katanya. 

Rapid KL, LRT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain