suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KKM Nafi Wabak Keracunan Makanan Akibat Keselamatan Bekalan Air

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlakunya wabak Keracunan Makanan (KRM) yang dikaitkan dengan keselamatan bekalan air di Lembah Klang seperti yang ditularkan menerusi media sosial sejak Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kandungan mesej  berkenaan adalah tidak benar.

"Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit, didapati tiada peningkatan kejadian KRM dilaporkan.

“Kejadian KRM yang berlaku buat masa ini adalah terpencil dan terkawal serta tiada kaitan dengan bekalan air atau gangguan bekalan air," katanya.

Dr Noor Hisam berkata kementerian akan terus memantau status kejadian itu dan menasihatkan orang ramai  agar tidak khuatir serta tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan oleh KKM.

Namun, beliau meminta masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran, memastikan makanan dan minuman tidak tercemar selain pengendali makanan peka dengan amalan pengendalian makanan selamat.-- Bernama   



Dr Noor Hisham, keracunan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain