suria

'Datuk' Kacau Bekas Kekasih

KUALA LUMPUR: Simbah cat merah di tingkap, serta lembar iklan yang ditampal "Penipu, kamu tidak bayar hutang pinjaman" senonim dengan perbuatan Ah Long.

Bagaimana pun bagi Chew Shang yang percaya perbuatan laku musnah di kedainya di Cheras Jumaat lalu bukan disebabkan Ah Long.

Ia bukan kali pertama kedainya diganggu, turut berlaku insiden yang sama pada 9 Januari lalu.

Shang Yang, 39, berkata dia tidak pernah meminjam wang daripada mana-mana Ah Long. Dia percaya apa yang berlaku itu ada kaitan dengan bekas teman lelaki kekasihnya, yang bergelar 'Datuk' dan mendakwa sudah menjalinkan hubungan selama 16 tahun.

"Saya bukan saja-saja menuduh, tetapi terus keliru siapa yang melakukan perbuatan ini. Saya tidak mempunyai musuh," jelas yang ketika meminta bantuan di Pusat Perkhidmatan MCA bersama Datuk Seri Michael Chong.

Shang Yang menunjukkan lembar iklan yang ditampal di luar kedainya.

Ketika sidang media, Shang Yang memberitahu bahawa dia menjalinkan hubugan dengan wanita itu sejak Jun lalu.

Selepas itu, bermula November tiga lelaki mengganggunya ketika berada di parkir berdekatan dengan kedainya.

"Mereka mempunyai gambar kami," katanya yang turut mengakui mereka juga mempunyai alamat keluarganya.

"Mereka menyerahkan perbualan dengan Datuk kepada saya dan berkata, 'Lebih baik kamu lepasnya. Jika kamu tidak ada di sini lebih mudah saya mendapatkannya kembali.

"Lelaki itu turut menyuruh saya lepaskan tangan."

Mereka juga memberitahu sebelum ini ada lelaki lain yang telah 'diuruskan' ketika bersama wanita itu.

Shang Yang memberitahu, dia amat risau dengan keselamatan kekasihnya itu dan tetap ingin hidup bersama.

"Dia telah berpisah dengan Datuk itu serta memulangkan hadiah yang diterimanya sebelum ini.

"Saya faham hubungan panjang 16 tahun bukan mudah untuk dilupakan, tetapi jangan layan orang seperti ini," katanya.

Chew Shang Yang, Datuk Cemburu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain