suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terowong P.Pinang: Ahli Perniagaan Direman 6 Hari

Ahli perniagaan (tengah, baju oren) direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. Foto MOHD SAHAR MISNI

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Norhidayati Mohammad Nasroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang Selasa.

Menurut sumber SPRM, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. - Bernama

Artikel Lain