Pemain Yoyo Jemput Penari Tarian Singa Buat Persembahan - Semasa | mStar

Pemain Yoyo Jemput Penari Tarian Singa Buat Persembahan

SHAH ALAM: Pasangan pengantin Melayu mencipta kelainan pada majlis perkahwinan mereka dengan menjemput penari tarian singa untuk mengadakan persembahan sebaik kedua mempelai tiba di majlis resepsi.

Nik Nadzeri Fathi dan Afifah Mahmud menghadiahkan senyuman ketika penari tarian singa itu menghampiri mereka dalam majlis yang diadakan di Dewan Kosmos, Bukit Jelutong.

Para tetamu lekas berhenti seketika bagi menyaksikan persembahan tersebut.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa menyaksikan persembahan silat oleh rakan lama pengantin lelaki, Hassan Marialis.

Hassan mengakhiri persembahannya dengan menghulurkan yoyo kepada Nik Nadzeri.

Nik Nadzeri, 30, yang pernah bergelar pemain yoyo sehingga mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan ketika dia masih remaja, tidak terkecuali menunjukkan kemahirannya bermain yo-yo di hadapan pengantin perempuan dan tetamu yang hadir.

"Kami gembira melihat dua singa yang comel melakukan persembahan untuk majlis ini.

"Memandangkan ia adalah Tahun Baru Cina, rasa bagus untuk mewujudkan suasana muhibah kepada semua tetamu," katanya.

Tarian itu dipersebahkan oleh penari daripada Tarian Naga dan Singa Klang Hong Teck.

tarian singa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi