Tunggu Laporan Polis Mengenai Sindiket Jual Darjah Pahang - Semasa | mStar

Tunggu Laporan Polis Mengenai Sindiket Jual Darjah Pahang

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda masih belum menerima sebarang laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sindiket penjualan darjah kebesaran yang tidak wujud dan didakwa berlaku di negeri ini.

"Saya rasa saya tunggu laporan dulu sebelum komen...setakat ini saya hanya tahu menerusi media masa. 

"Bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini" titah ringkas Tengku Abdullah menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama menerusi Pegawai Media baginda Abdul Rahim Othman di sini, Selasa.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan media tentang penahanan seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai terbabit dengan sindiket penawaran dan penjualan gelaran darjah kebesaran negeri ini yang tidak wujud, Jumaat lalu.

Suspek yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan di sebuah restoran di Chow Kit pada 6 petang hasil risikan dan maklumat awam yang diterima.

Wanita berkenaan dipercayai membuat pengiklanan pembelian darjah kebesaran itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka berjumpa pembeli pada 23 Februari ini.

Dia bersubahat dengan seorang suspek lelaki berumur 40an bagi meyakinkan mangsa untuk membeli gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang ditawarkan pada RM180,000 hingga RM400,000. - Bernama

darjah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain