suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Paling Ramai Di Samarahan - JPBNS

Kanak-kanak menggunakan penutup tangki air sebagai 'sampan' ketika bermain air di halaman rumah mereka di Kampung Seruwuk. - Bernama

KUCHING: Sebanyak 1,273 mangsa daripada 322 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan banjir di negeri ini setakat 9 malam Ahad.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 14 pusat pemindahan itu terletak di Kuching, Samarahan, Serian dan Mukah

Beliau berkata mangsa banjir paling ramai direkodkan di Samarahan dengan 542 mangsa daripada  155 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

“Sejumlah 291 mangsa daripada 61 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Kuching dan 336 mangsa daripada 90 keluarga di tiga pusat pemindahan di Serian.

 “Manakala 104 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Mukah,”  katanya dalam satu kenyataan malam Ahad. - Bernama

banjir

Artikel Lain